Tentang kami
Pengenalan.
Fitrah Media Enterprise telah ditubuhkan pada 13 Julai 2006 dengan no pendaftaran : JM0434322-D.
Alamat perniagaan (dahulu):
No : 10,
Jalan Molek 1/22, Tmn Molek, 81100 Johor Bahru
Kini berpindah (alamat sekarang)
No. 3A, Jalan Padi Mahsuri 12,
Bandar Baru UDA,
JOHOR BAHRU.
Jenis perniagaan.
Membekal peralatan Studio Radio Sekolah, Peralatan computer dan multimedia, Pengurusan acara, Bengkel Asas Penyiaran, Kursus pendek , seminar dan motivasi keusahawanan.
Sejarah.
Fitrah Media enterprise dipelopori oleh 2 orang individu yang sememangnya ahli dalam bidang penyiaran ini iaitu. Idea penubuhan syarikat ini lebih menjurus kepada orientasi perkongsian ilmu dan pengalaman bersama ko-ordinator yang memang pakar dalam bidang masing-masing.
Ketika ini syarikat Fitrah Media Enterprise di terajui oleh En. Harun Omar bekas Ketua Berita radio best 104 dan En. Marzuki Ismail yang juga bekas Dj Best 104.
Pengalaman luas mereka dalam bidang penyiaran ini dimantapkan lagi dengan sokongan seorang lagi bekas dj Best 104 iaitu saudara Badrulzaman Ismail, juga merupakan bekas seorang guru.
Sesuai dengan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang penyiaran radio yang berbelas tahun itu, maka mereka menggerakkan usaha untuk memperkenalkan konsep radio sekolah kepada sekolah-sekolah yang berminat untuk menggunapakai konsep ini.
Idea ini nampak simple iaitu berkongsi pengalaman dan ilmu penyiaran dengan pelajar sekolah tetapi mempunyai impak yang besar kepada pelajar terbabit di mana mereka akhirnya akan dibentuk menjadi personality yang dikenali, berketerampilan, bijak berkomunikasi dan berdaya saing.
Sewaktu awal penubuhan syarikat dulu, idea ini sekadar suka-suka. Ketika itu kami merasakan ilmu dan pengalaman ini akan terkubur begitu sahaja sekiranya tidak dikongsi bersama orang lain. Sedangkan di luar sana begitu ramai yang amat berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai bidang penyiaran ini. Jadi mengapa tidak kami masuk gelanggang dan sekaligus berkongsi ilmu bersama mereka yang satu kepala.
Mengapa pelajar sekolah?
Itu persoalan menarik. Apa jua ilmu banyak yang kita timba ketika di bangku sekolah. Anak-anak sekolah pula adalah golongan yang mudah menerima input. Dalam masa sama mereka mempunyai banyak masa untuk mengapliksikan ilmu yang dikongsi.
Sesuatu yang jarang diberi perhatian,bagaimana broadcasting mampu memperbaiki cara komunikasi seseorang, mampu membina keyakinan dalam public speaking, mampu meningkatkan sill berbicara dan banyak lagi.
Mungkin selama ini broadcasting khususnya radio sering dikaitkan dengan hiburan semata. Jadi kami cuba ubah perepsi itu dengan mengambil pendekatan bahawa broadcasting hanyalah suatu medan atau medium dan ia boleh diguna untuk sesautu yang positif, kalau kena caranya dan menjadi negative kalau disalah gunakan.
Anak-anak sekolah adalah golongan paling tepat untuk diberi bimbingan yang betul mengenai dunia penyiaran ketika mereka masih di awal usia. Semoga input yang diserap akan mampu menjadikan mereka seorang yang berpengetahuan dalam bidang penyiaran apabila dewasa nanti.
Tujuan.
Memberi pendedahan dan melatih ahli kelab media untuk menjadi pekerja media yang beriilmu dan bakal menguasai kemahiran dalam bidang penyiaran radio
Misi dan Visi.
Mencungkil bakat istimewa di kalangan ahli Kelab Media dan melahirkan kelompok yang bakal menjadi peneraju dan pengendali untuk operasi radio sekolah masing-masing.
Berikut adalah apa sebenarnya yang akan dikongsi bersama ahli kelab media radio sekolah:
- Teknik persembahan dan penyiaran radio sebenar @ menguasai kemahiran 3 M.
- Teknik menjadi penerbit siaran radio @ tugas dan tanggungjawab penerbit.
- Teknik menjadi Penyampai @ Deejay radio @ jadikan diri anda peneraju.
- Teknik asas menjadi Juruteknik Penyiaran – satu kemahiran dan ikhtibar hidup.
- Teknik penulisan dan penyuntingan berita radio @ konsep 4 wife 1 husband.
- Teknik lintas langsung dan ulasan selari – bidang tugas Wartawan Penyiaran.
- Bagaimana membuat siaran langsung dari lokasi tertentu – Running Order dan peralatan.
- Bagaimana membuat rancangan berbentuk majalah radio – proses memasukkan muzik dan suara.
- Bagaimana melakukan kerja-kerja asas penerbitan rancangan radio – Membuat sweeper, Id Station, Promo rancangan dan lain-lain.
- Bagaimana mengendalikan Temubual / Talk Show – Soalan dan jawapan.
Anda juga akan ditunjukkan cara:
- Bagaimana membuat siaran langsung dari lokasi tertentu – Running order dan peralatan.
- Bagaimana membuat rancangan berbentuk Majalah Radio – Proses memasukkan suara dan muzik.
- Bagaimana melakukan kerja-kerja asas penerbitan rancangan radio – membuat sweeper, ID station , promo rancangan dan lain-lain.
- Bagaimana mengendalikan talk show / Temubual radio – soalan dan jawapan.
Anda juga akan diberikan tips!
- Bagaimana mengendalikan Bilik Siaran.
- Mengenalikan peralatan yang disediakan – Fungsi setiap peralatan.
- Memahirkan diri dengan setiap peralatan.
- Bagaimana mengatasi masalah yang mungkin timbul.
Apa yang bakal anda dapat?
Ilmu bidang penyiaran – Kemahiran mengendalikan peralatan studio
Keyakinan untuk terlibat lebih jauh lagi dalam bidang penyiaran ini
Akhirnya dengan ilmu yang anda miliki anda mampu mengoperasikan stesen radio sekolah yang bakal dilancarkan.
Anda pasti berasa bangga kerana memiliki kelebihan yang tidak ada pada diri rakan-rakan yang lain. Malah anda berupaya berkongsi ilmu dengan ahli baru Kelab Media dan sekaligus bakal menjadi sumber rujukan mereka.



